Pertanian bandar ceriakan kawasan, petik sayur sendiri - Utusan Malaysia

Pertanian bandar ceriakan kawasan, petik sayur sendiri

Roslan Ghazali menunjukkan tanaman yang sedia untuk dituai
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jabatan Pertanian mentakrifkan pertanian bandar sebagai program yang membantu isi rumah bandar meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri sebahagian daripada bahan makanan yang diperlukan melalui bimbingan jabatan tersebut .

Program ini melibatkan penduduk di kawasan bandar dan pinggir bandar dengan kerjasama pelbagai agensi yang berkaitan di peringkat negeri dan Persekutuan.

Pengintegrasian pertanian dalam perancangan dan pembangunan perbandaran penting untuk pembangunan mampan dari segi pelbagai aspek dan keperluan kehidupan bandar termasuk bekalan bahan makanan, penghijauan persekitaran, pengurusan air dan bahan buangan bandar, pendidikan serta riadah.

Meskipun mempunyai minat yang tinggi dalam pertanian, sebahagian besar penduduk bandar tidak mungkin merealisasikan hasrat mereka. Apatah lagi tiada kawasan tanah untuk bercucuk tanam selain tidak ada masa berbuat demikian.

Senario ini mendorong seorang bekas pegawai syarikat swasta yang berlatar belakang dalam bidang perakaunan dan teknologi maklumat, Roslan Ghazali beralih arah kepada bidang pertanian dengan menceburi teknologi pertanian bandar.

Katanya, pertanian bandar yang menekankan kaedah penanaman tanpa tanah, sesuai diamalkan oleh mereka yang minat bertani tetapi tidak mempunyai kawasan luas, sentiasa sibuk dan mempunyai sumber kewangan.

Beliau pada mulanya mencuba dalam teknologi cili secara teknologi fertigasi kerana berpendapat sayur tersebut popular dan mendapat permintaan tinggi.

Selepas menyertai beberapa kursus penanaman cili anjuran Jabatan Pertanian, beliau mencari peluang dengan meneroka kawasan hingga ke Sijangkang , Selangor. Di sana beliau bertemu beberapa pihak termasuk usahawan cili dan pegawai pertanian.

Beliau mendapatkan pandangan Pejabat Pertanian Langat dan minatnya bertambah apabila dimaklumkan pelbagai kemudahan disediakan termasuklah antaranya pusat pengumpulan hasil pertanian.

Pada tahun 2015, beliau bercadang membuka ladang ciri menggunakan teknologi fertigasi di kawasan tersebut berkeluasan kira kira 0.8 hektar (dua ekar).

Roslan diberi nasihat bahawa tanaman cili memerlukan perhatian sepanjang masa terutama masalah penyakit dan ketika menuai hasil. Selain itu, kedudukannya rumahnya di Putrajaya yang jauh dengan ladang juga tidak sesuai.

Mendengar nasihat tersebut, Roslan membatalkan hasratnya kerana bimbang tidak dapat memberi komitmen ekoran jarak antara tempat tinggal dan kawasan ladang yang dicadangkan agak jauh.

Walau bagaimanapun minat beliau dalam bidang pertanian tidak pernah berkubur. Buktinya, setahun kemudian, beliau memulakan projek pertanian bandar di Sungai Penchala , Selangor dengan memanfaatkan sebidang tanah di situ dengan membina kemudahan termasuk rumah hijau dan pejabat dengan jumlah pelaburan yang bukan sedikit.

Beliau juga membina kemudahan pusat pembenihan (nurseri), baja, biji benih set tanaman hidroponik selain menjadi perunding dalam bidang pertanan bandar.

Mereka yang berminat mendapatkan maklumat lanjut mengenai teknologi fertigasi dan hidroponik boleh melayari www.toclanasia.com.

Pertanian bandar amat menceriakan, menghijaukan dan menyeronokkan semasa menuai hasil

 

Tubuh syarikat penggerak bisnes pertanian bandar

Selepas menguasai aspek teknikal dan yakin pertanian bandar berpotensi dibangunkan, Roslan Ghazali menubuhkan Toclan Agritrade Asia Sdn. Bhd. pada 2016 dan berpindah operasi ke Cyberjaya.

“Di sini kami menawarkan pakej set tanaman menerusi dua cara iaitu pembelian dalam talian (online) atau datang sendiri ke premis kami untuk mendapatkan (membeli) set tanaman pertanian,” ujarnya yang juga ketua pegawai eksekutif syarikat.

Beberapa selebriti terkenal tanah air yang pernah membeli set tanaman tersebut turut membantu mempromosinya menerusi media sosial. Justeru, beliau semakin yakin ramai tertarik dengan konsep pertanian bandar tersebut kerana ia menawarkan set tanaman bagi mereka yang berumur antara usia empat hingga 80 tahun.

Terdapat beberapa jenis set tanaman yang ditawarkan bergantung kepada jumlah bekas (pots) berharga antara RM100 hingga RM799 satu set.  Pengguna boleh menanam sayuran daun seperti sawi dan kangkung atau herba dan sayur berbuah seperti tomato, timun dan cili.

Mengenai perancangan akan datang, beliau bercadang membuka kilang mini bagi menampung permintaan yang semakin memberangsangkan.
Konsep pertanian tersebut amat mudah kerana ia berkonsepkan tanam, tinggal dan tuai (3T).

 

info set hidroponik

» TJ8- Toclan Junior yang sesuai untuk kanak-kanak atau mereka yang baharu berjinak jinak menceburi pertanian bandar. Mengandungi lapan pasu kecil (pots).

» TL20- Toclan 20 pots – saiz pertengahan yang sesuai untuk keluarga kecil.

» TL16- Toclan 16 pots – Sesuai bagi keluarga kecil, penghuni kondominium dan pangsapuri (ruang yang terhad).

» TLR20 dan TLR40 – Toclan Roof 20 dan 40 bekas yang sesuai untuk mereka yang tinggal di perumahan bertanah. Set tanaman boleh diletakkan di kawasan terbuka sebab berbumbung.                 Disyorkan diletak di kawasan terbuka bagi mendedahkan tanaman kepada cahaya matahari pagi dan petang.

» TIR 48 atau Toclan Indoor Rack (48).Bekas yang sesuai bagi pertanian dalam rumah tetapi memerlukan cahaya untuk pertumbuhan pokok.

» MCO16 – Toclan MCO set 16 lubang yang dikeluarkan khas sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saiz yang sesuai untuk semua pengguna sama ada tinggal di rumah bertanah atau bertingkat.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya