Mengaibkan dalam kempen pilihan raya

Mengaibkan dalam kempen pilihan raya

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mengaibkan orang dalam kempen pilihan raya

Apakah hukumnya kita menyebut keaiban orang tertentu seperti ketika berkempen dalam pilihan raya sedangkan itu benar untuk maslahah ummah?

Salim
Kajang

JAWAPAN
Hukum mengaibkan orang lain termasuk calon-calon dalam kempen pilihan raya adalah terlarang kerana ia adalah perbuatan dan percubaan untuk menjatuhkan maruah seseorang dan Islam amat melarangnya.

Puasa sunat Muharam

SOALAN
Saya diberitahu puasa sunat Muharam mesti dilakukan pada 9 dan 10 Muharram. Mohon penjelasan ustaz.

Ahmad Khamis
Johor Bahru

JAWAPAN
Puasa sunat Muharram boleh dilaksanakan pada kedua-dua hari berkenaan atau hari ke-10. Yang afdal lakukanlah pada kedua-dua hari tersebut.

Mengikuti sunah nabi

SOALAN
Adakah dalam sunah Nabi itu semua wajib diikuti atau disyariatkan atau ada sunah yang tertentu? Dibimbangi pula ada yang dikatakan bidaah.

Jalani
Petaling Jaya

JAWAPAN : Sunah adalah percakapan, perbuatan dan pengakuan Nabi. Ia merangkumi wajib, sunah dan harus. Maka untuk kefahaman-kefahaman dalam aspek tersebut perlu dirujuk kepada golongan ulama yang mentafsirkan maksud sunah-sunah berkenaan.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN