PD Forest tawar pelbagai aktiviti rekreasi - Utusan Malaysia

PD Forest tawar pelbagai aktiviti rekreasi

AMINUDDIN HARUN (dua, dari kiri) menyempurnakan majlis pelancaran PD Forest dan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat Negeri Sembilan Tahun 2020 di PD Forest, Sungai Menyala, Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini. - UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Pusat Edu Ecotourism Sungai Menyala, dekat sini yang diwartakan sebagai Huran Perlindungan dan diurus Hutan Bernilai Pemeliharaan Tinggi, kini dikenali sebagai PD Forest.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, penjenamaan semula itu bertujuan melonjakkan identiti dan memudahkan promosi hutan Dipterokarp Pamah Pantai yang berkeluasan 1,280 hektar.

“Penjenamaan semula Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala kepada PD Forest adalah satu inisiatif yang bijak. Ia bertujuan melonjakkan identiti dan memudahkan promosi kepada masyarakat awam terutama pelancong luar.

“Di mata dunia, nama Port Dickson sudah tidak asing lagi kepada masyarakat. Nama baharu PD Forest ini dapat menggambarkan lokasi dan suasana hutan ini sebagai satu tempat ekopelancongan unik, tambahan pula lokasinya memang berada di kawasan pelancongan terkenal di Malaysia.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan PD Forest dan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat negeri di PD Forest di sini, hari ini.

Beliau turut melancarkan Trek ‘Mountain Bike’ PD Forest sepanjang 23 kilometer yang memberi pengalaman berbeza kepada penggemar aktiviti basikal lasak.

Aminuddin berkata, penubuhan PD Forest sebagai kawasan ekopelancongan dan pusat pendidikan adalah selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk meningkatkan hasil negeri melalui ekopelancongan sebanyak 30 peratus.

Kata beliau, Jabatan Perhutanan telah mengkaji dan merancang pelbagai tawaran produk di PD Forest kepada pelancong dalam dan luar negeri.

“Antara aktiviti yang ditawarkan di PD Forest adalah berbasikal lasak, berkhemah, rekreasi kuda, memanah dan jelajah hutan menggunakan ATV.

“Diharapkan nilai produk baharu di PD Forest ini akan terus ditambah dengan pelbagai lagi kelainan pada masa akan datang.” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.