TAMPIL dengan single kedua, Kecewa di bawah pengurusan Fantasia Music City (FMC), Tuah Adzmi berterima kasih kepada hampir setengah juta penonton video muziknya walaupun baru dimuat naik tiga minggu lalu.
Bercerita tentang Kecewa, Tuah yang merupakan anak tunggal berkata, lirik lagu baharunya itu adalah kesinambungan kepada lagu Insan Kau Cinta yang diambil kisahnya daripada pengalaman sendiri sebelum ini.
“Kecewa ini lebih kepada saya meluahkan perasaan sedih dan bersedia untuk meninggalkan kenangan bersama bekas kekasih. Memang ada sedikit pengalaman sendiri dan juga, kisah putus cinta kawan-kawan saya.
“Memang setiap kali menulis lagu dan lirik, pengalaman sendiri dan kisah-kisah yang pernah saya dengar akan diselitkan. Saya juga ada menulis lagu untuk artis lain seperti Tajul. Kalau ada artis lain yang berminat, saya juga terbuka,” katanya.
Dalam ruang bicara berbeza, Tuah menganggap pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia adalah satu teguran dan rahmat yang terlindung daripada Tuhan. Dia lebih banyak menghabiskan masa menulis lagu dan muhasabah diri.
Bergelar Youtubers sejak usia 15 tahun, Tuah juga sentiasa melatih vokal dan cara nyanyian supaya dia bersedia untuk menghiburkan peminat muzik tempatan.
“Memang penyanyi baharu seperti saya terkesan apabila majlis hiburan tidak boleh diadakan. Tapi saya anggap belum rezeki dan peluang saya lagi. Insya-Allah, selepas ini saya akan bekerja lebih keras untuk mencari rezeki.
“Saya merancang untuk mengeluarkan single satu demi satu. Tak mahu terlalu rakus. Memang ada pelan untuk mengeluarkan album tetapi bukan sekarang. Masih mencari rentak dan mengkaji muzik tempatan yang berubah mengikut trend,” katanya.
Insan Kau Cinta pertaruhan baharu
Tampil dengan single kedua, Kecewa di bawah pengurusan Fantasia Music City (FMC), Tuah Adzmi berterima kasih kepada hampir setengah juta penonton video muziknya walaupun baru dimuat naik tiga minggu lalu.
Bercerita tentang Kecewa, Tuah yang merupakan anak tunggal berkata, lirik lagu baharunya itu adalah kesinambungan kepada lagu Insan Kau Cinta yang diambil kisahnya daripada pengalaman sendiri sebelum ini.
“Kecewa ini lebih kepada saya meluahkan perasaan sedih dan bersedia untuk meninggalkan kenangan bersama bekas kekasih. Memang ada sedikit pengalaman sendiri dan juga, kisah putus cinta kawan-kawan saya.
“Memang setiap kali menulis lagu dan lirik, pengalaman sendiri dan kisah-kisah yang pernah saya dengar akan diselitkan. Saya juga ada menulis lagu untuk artis lain seperti Tajul. Kalau ada artis lain yang berminat, saya juga terbuka,” katanya.
Dalam ruang bicara berbeza, Tuah menganggap pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia adalah satu teguran dan rahmat yang terlindung daripada Tuhan. Dia lebih banyak menghabiskan masa menulis lagu dan muhasabah diri.
Bergelar Youtubers sejak usia 15 tahun, Tuah juga sentiasa melatih vokal dan cara nyanyian supaya dia bersedia untuk menghiburkan peminat muzik tempatan.
“Memang penyanyi baharu seperti saya terkesan apabila majlis hiburan tidak boleh diadakan.
Tapi saya anggap belum rezeki dan peluang saya lagi. Insya-Allah, selepas ini saya akan bekerja lebih keras untuk mencari rezeki.
“Saya merancang untuk mengeluarkan single satu demi satu. Tak mahu terlalu rakus.
Memang ada pelan untuk mengeluarkan album tetapi bukan sekarang. Masih mencari rentak dan mengkaji muzik tempatan yang berubah mengikut trend,” katanya.










