Kemeriahan ketika Bulan Ramadan - Utusan Malaysia

Kemeriahan ketika Bulan Ramadan

Lee Ya Lian, 75, sibuk menyiapkan tempahan baju pelanggannya sempena Aidilfitri sewaktu ditemui di kedainya di Kampung Cina, Kuala Terengganu. Lebih 40 tahun pengalaman menjahit baju kurung dan kebaya yang menjadi pakaian rasmi kaum Melayu membuatkan wanita bangsa Tionghua ini menjadi pilihan pelanggan Melayu menempah pakaian. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Warga Kuantan memenuhi kawasan padang untuk berbuka puasa bersama menjadi aktiviti tradisi saban tahun pada bulan Ramadan di Padang Bandaraya Kuantan (MBK). -UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Mohd Nor Azzuan, 42 mencuba songkok kepada anaknya, Ali Luqman 7, bagi persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kedai Songkok Nakhoda Kanan di Kampung Nakhoda, Batu Caves. -UTUSAN/M.FIRDAUS M. JOHARI
Rosekasilawaty Ramli (kanan) bersama anaknya Nabiha Rainah Norazan (kiri) dan Nabila Raihah Norazan menunjukkan juadah Vietnam Spring Roll hasil air tangannya yang di jual di Bazar Ramadan Taman Dahlia, Johor Bahru. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Dr Sharifah Marzety Adibah Al Sayed Mohamad ,47, pemilik Taman Zety Rose di Kampung Tanjung Aur, menyiapkan agar-agar kering bunga mawar yang ditempah pelanggan di Kampung Tanjung Aur, Telemong, Hulu Terengganu. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY 
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN