Pesta Kuantan 188 berlangsung selama tiga hari bermula 25 Julai ini di mercu tanda ikonik, Menara Kuantan 188, bersempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Acara tahunan yang menjadi kebanggaan warga Pahang ini menampilkan pelbagai aktiviti kebudayaan, sukan dan hiburan yang menyatukan rakyat dengan institusi diraja dalam suasana penuh kemeriahan.
Turut berlangsung ialah Kejohanan Powerboat Royal Pahang F3000 dan pertunjukan terjunan BASE serta aktiviti paramotor di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1, diikuti persembahan 350 dron serta pertunjukan bunga api.


