Kemeriahan rakyat Malaysia menyambut Aidilfitri - Utusan Malaysia

Kemeriahan rakyat Malaysia menyambut Aidilfitri

Penduduk kampung menyusun meriam besi untuk persiapan Pesta Meriam Talang di Kampung Talang Kuala Kangsar. Tradisi unik penduduk Kampung Talang melakukan bedilan meriam besi pada tengah malam Hari Raya Aidilfitri. Aktiviti bermain meriam adalah satu acara tradisi yang telah dibuat sejak tahun 1937 lagi. -UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Keadaan aliran trafik di Plaza Tol Gombak menuju ke Pantai Timur dilihat lancar ekoran orang ramai sudah pulang ke kampung halaman beberapa hari lebih awal sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. UTUSAN/AMIR KHALID
Pekerja Lemang Bagus menjaga proses penjagaan api bagi memastikan lemang yang dimasak dengan sempurna ketika tinjauan di Kampung Salak, Sepang.UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Orang ramai beratur panjang untuk membeli keperluan asas sempena menyambut raya sempena Jelajah Jualan Kasih Johor DUN Larkin di Taman Suria, Johor Bahru. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Ramlah Endut, 76, (dua, kiri) dan suaminya Abdullah Md Amin, 80, (tengah) beserta anak dan cucunya berkumpul menganyam ketupat untuk dijadikan juadah utama menyambut Aidilfitri sewaktu ditemui di rumahnya di Kampung Kedai Buluh. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Kanak-kanak bermain bunga api dengan dihiasi panjut buluh tradisional pada malam-malam terakhir bulan Ramadan di Kampong Bukit Kuching Tengah, Jeram. UTUSAN /SADDAM YUSOFF
Pelajar Kompleks Pendidikan Tahfiz An Nur Besut merasai pengalaman memegang pelita kekabu sempena malam tujuh likur sewaktu ditemui di Kampung Alor Belanga.-UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Tinjauan orang ramai membuat persiapan akhir menyambut Hari Raya Aidilfiitri, di Bazar Aidilfitri Jalan Tuanku Abdul Rahman. UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Sebahagian orang ramai membuat persiapan akhir menyambut Hari Raya Aidilfiitri dengan membeli barang basah untuk dijadikan juadah, di Pasar Raja Bot, Chow Kit. UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya