Penduduk kampung menyusun meriam besi untuk persiapan Pesta Meriam Talang di Kampung Talang Kuala Kangsar. Tradisi unik penduduk Kampung Talang melakukan bedilan meriam besi pada tengah malam Hari Raya Aidilfitri. Aktiviti bermain meriam adalah satu acara tradisi yang telah dibuat sejak tahun 1937 lagi. -UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Oleh Aswad Yahya
8 April 2024, 6:13 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Keadaan aliran trafik di Plaza Tol Gombak menuju ke Pantai Timur dilihat lancar ekoran orang ramai sudah pulang ke kampung halaman beberapa hari lebih awal sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. UTUSAN/AMIR KHALIDPekerja Lemang Bagus menjaga proses penjagaan api bagi memastikan lemang yang dimasak dengan sempurna ketika tinjauan di Kampung Salak, Sepang.UTUSAN/FAISOL MUSTAFAOrang ramai beratur panjang untuk membeli keperluan asas sempena menyambut raya sempena Jelajah Jualan Kasih Johor DUN Larkin di Taman Suria, Johor Bahru. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALIRamlah Endut, 76, (dua, kiri) dan suaminya Abdullah Md Amin, 80, (tengah) beserta anak dan cucunya berkumpul menganyam ketupat untuk dijadikan juadah utama menyambut Aidilfitri sewaktu ditemui di rumahnya di Kampung Kedai Buluh. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRYKanak-kanak bermain bunga api dengan dihiasi panjut buluh tradisional pada malam-malam terakhir bulan Ramadan di Kampong Bukit Kuching Tengah, Jeram. UTUSAN /SADDAM YUSOFFPelajar Kompleks Pendidikan Tahfiz An Nur Besut merasai pengalaman memegang pelita kekabu sempena malam tujuh likur sewaktu ditemui di Kampung Alor Belanga.-UTUSAN/PUQTRA HAIRRYTinjauan orang ramai membuat persiapan akhir menyambut Hari Raya Aidilfiitri, di Bazar Aidilfitri Jalan Tuanku Abdul Rahman. UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZONSebahagian orang ramai membuat persiapan akhir menyambut Hari Raya Aidilfiitri dengan membeli barang basah untuk dijadikan juadah, di Pasar Raja Bot, Chow Kit. UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON