AS sahkan belanja RM154 bilion untuk perang Iran - Utusan Malaysia

AS sahkan belanja RM154 bilion untuk perang Iran

PETE HEGSETH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Pete Hegseth berkata pada Selasa bahawa perang dengan Iran telah menelan kos sebanyak AS$37.5 bilion (RM154 bilion) setakat ini, meningkat daripada anggaran sebelum ini iaitu hampir AS$29 bilion (RM119 bilion) pada pertengahan Mei.

“Anggaran yang kita ada setakat hari ini ialah AS$37.5 bilion,” kata Hegseth ketika memberi keterangan dalam pendengaran Jawatankuasa Peruntukan Dewan Senat AS, di mana beliau mempertahankan permohonan pembiayaan tambahan kira-kira AS$67 bilion (RM274 bilion) untuk Pentagon.

Hegseth bersama Pengerusi Ketua Turus Bersama Tentera AS, Jeneral Dan Caine memberitahu Kongres AS bahawa permohonan pembiayaan itu adalah mendesak dan perlu bagi menampung kos Pentagon untuk perang dengan Iran sehingga penghujung September.

Namun, senator daripada parti Demokrat, Jeanne Shaheen,mempertikaikan alasan tersebut dengan berkata Hegseth masih mempunyai AS$75 bilion (RM307 bilion) dana yang belum dibelanjakan.

“Mengapa anda meminta rakyat Amerika menanggung kos perang yang mereka tidak sokong, sedangkan anda boleh memohon kuasa untuk memindahkan dana perdamaian yang masih belum digunakan?” soalnya.

Hegseth berkata, dana yang belum dibelanjakan itu telah diperuntukkan untuk tujuan lain di bawah keutamaan Presiden Donald Trump, termasuk projek ‘Golden Dome for America’, pembangunan senjata hipersonik dan pelaburan dalam pelbagai jenis munisi.

Dana tambahan yang dimohon itu tidak termasuk kos untuk membina semula pangkalan tentera AS di Asia Barat.

Ahli-ahli Kongres turut meluahkan rasa kecewa ketika mendesak penjelasan lanjut mengenai strategi pentadbiran Trump untuk memenangi perang di Asia Barat.

Perang Iran itu bermula pada 28 Februari lalu apabila AS bersama Isrel menyerang Teheran. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN