TANJUNG MALIM: Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) mencipta satu lagi detik bersejarah dengan termeterainya Perjanjian Kolaborasi Utama di antara DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) dan Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. (Geely Holding) semalam. Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Hartanah dan Perancangan dan Strategi Korporat, Azri Zaharuddin menandatangani bagi pihak DRB-HICOM manakala Naib Presiden Kanan merangkap Ketua Pegawai Operasi, Dr. Wei Mei menandatangani bagi pihak Geely Holding. Majlis yang diadakan di Proton Tanjng Malim…










