KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka melaksanakan pendekatan dua tonggak dalam percukaian bermula 2024 bagi mewujudkan persekitaran berdaya saing dalam pelaburan langsung asing dan domestik. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pendekatan tersebut bertujuan mencegah pengelakan cukai rentas sempadan. “Perkara ini (pendekatan dua tonggak dalam percukaian) sedang dikaji buat masa ini dan dianggarkan bermula pada 2024,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan ke-51 Kumpulan Kajian mengenai Pentadbiran dan Penyelidikan Cukai Asia-Pasifik (SGATAR) 2022 di sini, semalam. Dalam perkembangan lain, Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga berhasrat untuk memperkenalkan sistem…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya