PM sifatkan Dr. Yaqub pelopor pembangunan kewangan Islam

PM sifatkan Dr. Yaqub pelopor pembangunan kewangan Islam

Presiden Center for Islam in the Contemporary World, Universiti Shenandoah, Dr. Yaqub Mirza
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian Presiden Center for Islam in the Contemporary World, Universiti Shenandoah, Dr. Yaqub Mirza sebagai kehilangan besar, khususnya peranan tokoh itu dalam pembangunan kewangan Islam dan pembinaan institusi yang memberi impak luas kepada dunia Islam.

Anwar berkata, Dr. Yaqub bukan sahaja lama berkecimpung dalam dunia keilmuan Islam dan kewangan, malah memainkan peranan besar melalui Amana Funds yang menjadi antara pemangkin penting dalam perkembangan kewangan Islam moden.

“Selain itu, Dr. Yaqub turut menubuhkan Center for Islam in the Contemporary World di Universiti Shenandoah, sekali gus membuka ruang penglibatan ilmiah yang lebih serius terhadap cabaran semasa umat Islam.

“Beliau memberikan masa dengan bebas dan tanpa kepentingan kepada para pemimpin muda serta penggerak komuniti, sentiasa dengan dorongan yang tenang,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Anwar, beliau mengenali Allahyarham melalui penglibatannya dengan International Institute of Islamic Thought (IIIT) di Amerika Syarikat (AS).

Katanya, perkara paling menonjol mengenai Dr. Yaqub ialah ketenangan disiplin diri serta fokusnya kepada usaha memperkukuh institusi dan menyokong sarjana.

“Meskipun Allahyarham tidak pernah mencari pengiktirafan, ramai bergantung kepada bimbingannya kerana sifat murah hati dan kesungguhan dalam membina komuniti.

“Pemergiannya merupakan kehilangan besar kepada saya dan keluarga dan lebih besar lagi kepada mereka di seluruh benua yang menerima manfaat daripada integriti, nasihat dan teladan beliau.

“Institusi yang dibangunkannya serta insan yang pernah disokongnya akan kekal menjadi sebahagian daripada legasinya,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN