Public Mutual agih lebih RM109 juta untuk 5 dana 

Public Mutual agih lebih RM109 juta untuk 5 dana 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan kasar berjumah lebih daripada RM109 juta untuk lima dana bagi tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2025.

Menurut kenyataannya, pengagihan tersebut melibatkan PB Dana Pendapatan Tetap, PB Dana Bon Infrastruktur dan PB Dana Bon Islamik sebanyak 5.50 sen seunit yang dibayar secara tahunan.

Sementara itu, Public Dana Bon Institusi sebanyak 0.90 sen seunit dengan dasar pengagihan tahunan, manakala Public Dana Simpanan Islamik pada 0.10 sen seunit yang dibayar secara setengah tahunan.

“Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, menguruskan lebih daripada 180 dana. 

“Public Mutual juga merupakan penyedia Skim Persaraan Swasta (PRS) yang diluluskan, menguruskan sembilan dana PRS,” katanya dalam kenyataan.

Syarikat tersebut mempunyai 31 cawangan/pusat khidmat pelanggan di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN