Takaful Ikhlas agih zakat perniagaan hampir RM1 juta - Utusan Malaysia

Takaful Ikhlas agih zakat perniagaan hampir RM1 juta

RUDY Rodzila Che Lamin (kanan) bersama Yang Dipertua MAIK merangkap Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz (tengah) serta Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Mohd Anis Hussein semasa sesi penyerahan zakat perniagaan Takaful Ikhlas di MAIK.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Takaful Ikhlas Family Berhad dan Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful Ikhlas) menyalurkan zakat perniagaan berjumlah RM956,200 bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025.

Penyaluran zakat oleh anak-anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad itu bertujuan menyokong pembangunan sosioekonomi masyarakat serta memperkasakan kesejahteraan golongan asnaf menerusi kerjasama strategik bersama institusi zakat di seluruh negara.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad, Datuk Rudy Rodzila Che Lamin berkata, zakat merupakan instrumen penting dalam memperkukuhkan kesejahteraan masyarakat Islam di Malaysia berlandaskan prinsip ta’awun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada tahun ini, zakat perniagaan Takaful Ikhlas Family dan Takaful Ikhlas General disalurkan kepada institusi-institusi zakat di negeri Sabah, Kelantan, Kedah, Perak, Melaka dan Wilayah Persekutuan.

“Melalui kerjasama erat bersama institusi zakat di negeri-negeri tersebut, kami dapat memastikan bantuan yang disalurkan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan serta memberikan impak yang lebih mampan kepada kehidupan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Agihan zakat perniagaan berkenaan diselaraskan menerusi Ikhlas Barakah House (IBH), iaitu platform pengumpulan dan pengagihan dana patuh Syariah yang memfokuskan lima teras utama merangkumi pembangunan ekonomi, kesejahteraan kesihatan, pemerkasaan komuniti, pendidikan serta kelestarian alam sekitar.

Penyaluran zakat itu bukan sekadar memenuhi kewajipan perniagaan dan Syariah, sebaliknya bertindak sebagai pelaburan sosial bagi meningkatkan taraf hidup penerima secara menyeluruh.

Menerusi agihan tersebut, Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menjadi penerima tertinggi dengan jumlah RM382,480, merangkumi RM313,649.60 daripada Takaful Ikhlas General dan RM68,830.40 daripada Takaful Ikhlas Family.

Selain itu, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) masing-masing menerima RM156,842.80 daripada Takaful Ikhlas General.

Manakala Zakat Melaka dan Zakat Perak Al-Ridzuan (ZAPAR) pula masing-masing menerima agihan zakat sebanyak RM51,622.80 daripada Takaful Ikhlas Family. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN