Dasar monetari terus sokong pertumbuhan ekonomi 2026 

Dasar monetari terus sokong pertumbuhan ekonomi 2026 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DASAR monetari pada 2026 kekal menyokong pertumbuhan ekonomi secara mampan di samping mengekalkan kestabilan harga meskipun berdepan ketidaktentuan global.

Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2027, Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal pada kadar 2.75 peratus sejak Julai 2025. 

“Sistem perbankan terus mempunyai kedudukan modal yang teguh dengan kualiti aset yang baik dan penampan kecairan yang mencukupi. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ringgit secara amnya kekal stabil berbanding mata wang rakan dagang utama disokong oleh asas ekonomi Malaysia yang kukuh serta momentum pertumbuhan yang mampan.

“Melangkah ke hadapan, pengantaraan kewangan akan terus memainkan peranan penting dalam menyokong isi rumah dan perniagaan didorong oleh pasaran yang berfungsi dengan baik serta dasar berterusan untuk memperkukuh keterangkuman kewangan dan pembiayaan mampan,” katanya dalam laporan itu.

Selain itu, Pelan Sektor Kewangan 2027-2030 dan Pelan Induk Pasaran Modal 2026-2030 akan menyediakan panduan bagi pembangunan sektor kewangan fasa seterusnya melalui pembaharuan berterusan, penyertaan pelabur yang lebih meluas dan kepelbagaian sumber pembiayaan dijangka terus memperkukuh sistem kewangan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini