PETALING JAYA: Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) menerusi produknya Ajinomoto Gyoza, menjalinkan kerjasama dengan Golden Screen Cinemas (GSC) bagi penganjuran sesi tayangan langsung perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia di GSC Melawati Mall pada 19 Julai ini.
AMB dalam satu kenyataan berkata, program yang berlangsung dari pukul 6 petang hingga 6 pagi itu bakal menghimpunkan peminat bola sepak untuk menyaksikan aksi kemuncak secara langsung menerusi layar gergasi dalam suasana penuh semangat.
Katanya, selain tayangan perlawanan, pengunjung turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif, memenangi hadiah eksklusif serta menikmati hidangan Ajinomoto Gyoza sepanjang acara berlangsung.
“Kerjasama ini diharap dapat menyuntik kelainan kepada pengalaman menonton bola sepak dengan menawarkan sajian yang mudah disediakan dan sesuai dinikmati bersama keluarga serta rakan-rakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu AMB dalam satu kenyataan berkata, bersempena kempen ‘Malam Perlawanan ialah Malam Gyoza’, pelbagai aktiviti promosi turut diadakan di beberapa cawangan GSC terpilih iaitu Melawati Mall, IOI City Mall, Mid Valley Megamall, Queensbay Mall dan Paradigm Mall.
Menurutnya, pengunjung berpeluang merasai sendiri keenakan produk berkenaan, menyertai pelbagai aktiviti menarik serta menikmati promosi eksklusif menjelang perlawanan akhir.
“Selepas tamat acara, pengguna masih boleh mendapatkan Ajinomoto Gyoza di rangkaian pasar raya seperti AEON, Jaya Grocer, Lotus’s, Village Grocer serta pasar raya dan kedai runcit terpilih di seluruh negara,” jelasnya.
Menurut AMB, kerjasama dengan GSC itu diharap dapat memperkukuhkan lagi kehadiran Ajinomoto Gyoza dalam kalangan pengguna, selain memperkenalkan produk makanan berkualiti, lazat dan mudah disediakan yang memenuhi gaya hidup masyarakat masa kini. – UTUSAN










