PETALING JAYA: AEON Bank, bank digital Islamik pertama di Malaysia meraikan ulang tahun kedua penubuhannya dengan tema sambutan ‘2gether Lagi Better’ menerusi pelbagai kempen bertumpukan pelanggan dan penawaran produk digital yang penuh kelainan. Bank dalam kenyataan berkata, satu daripada tarikan utama sambutan ialah fungsian mentor pengurusan kewangan berpacukan kecerdasan buatan (AI) dalam aplikasi AEON Bank yang dinamakan Neko Sensei. Katanya, ulang tahun kedua bank ini mencerminkan pertumbuhan mampan serta keupayaan…










