PETALING JAYA: UOB Malaysia mencatatkan keuntungan bersih sebelum cukai (NPBT) tertinggi dalam sejarah sebanyak RM2.5 bilion bagi tahun kewangan berakhir 2025, meningkat 15.6 peratus daripada RM2.2 bilion pada 2024. Prestasi itu disokong pertumbuhan keuntungan operasi sebanyak 9.5 peratus serta penurunan ketara kerugian kredit jangkaan, hasil pembalikan aset tidak terjejas. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ng Wei Wei berkata, pencapaian itu mencerminkan pertumbuhan pendapatan yang mampan dalam perniagaan teras, di samping kawalan kos…










