SYARIKAT tempatan dalam industri minyak dan gas disaran memberi tumpuan kepada pengukuhan kedudukan kewangan, pengurangan kebergantungan kepada projek jangka pendek serta kepelbagaian sumber pendapatan bagi menghadapi ketidaktentuan pasaran global. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC), Mohd. Yazid Ja’afar berkata, strategi ini penting untuk meningkatkan daya tahan syarikat dalam sektor perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE), yang semakin terdedah kepada turun naik kitaran industri dan tekanan…










