PETALING JAYA: Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) dijangka melaksanakan pelupusan strategik dengan potensi nilai realisasi kira-kira RM151.19 juta, susulan kelulusan pemegang saham terhadap semua resolusi pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM). Cadangan yang diluluskan merangkumi pelupusan 100 peratus kepentingan ekuiti dalam SCIB Concrete Manufacturing Sdn. Bhd. (SCM) pada harga RM113 juta, selain pelupusan tujuh bidang tanah dengan nilai gabungan yang telah dipersetujui sebanyak RM38.19 juta. Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Chong Loong…










