DALAM suasana dunia yang semakin tidak menentu, keputusan kerajaan untuk melaksanakan pelarasan belanjawan bukanlah pilihan yang mudah tetapi keperluan yang bertanggungjawab. Krisis bekalan global yang berlarutan, didorong ketegangan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan menuntut pendekatan yang lebih berhemah, berdisiplin dan berpandangan jauh. Hari ini, kita berdepan realiti kestabilan ekonomi tidak lagi boleh bergantung kepada andaian jangka pendek. Konflik yang berpanjangan di pelbagai rantau, serta ketidaktentuan dasar global termasuk daripada kepimpinan…









