Offspring, Kapten Batik lancar koleksi lampin fesyen edisi terhad

Offspring, Kapten Batik lancar koleksi lampin fesyen edisi terhad

FADLI Muhsin (kiri) bersama Zahirah MacWilson (tengah) dan Nur Rahimaton Abdul Shukor menerangkan keunikan koleksi ‘Lineage in Love’ di The Campus, Ampang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jenama penjagaan bayi premium dari Australia, Offspring Inc. (Offspring) melancarkan koleksi edisi terhad ‘Lineage in Love,’ lampin fesyen eksklusif menerusi kerjasama dengan Kapten Batik. 

Langkah tersebut menandakan perkongsian pertama jenama itu yang menggabungkan produk penjagaan bayi dengan fesyen kraf Malaysia. 

Ketua Jenama dan Komunikasi Sedania Innovator Berhad, Nur Rahimaton Abdul Shukor berkata, kerjasama itu melihat aspek penjagaan bayi sebagai lanjutan daripada ekspresi kasih sayang ibu pada peringkat awal kehidupan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Menerusi rutin harian ini, elemen identiti dan kekitaan mula terbentuk di mana reka bentuk pada lampin juga menjadi cara lembut bagi ibu berkongsi kisah warisan dan budaya kepada anak mereka,” katanya dalam Majlis Pelancaran Lineage in Love, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Kreatif dan Produk Kapten Batik, Fadli Muhsin berkata, koleksi tersebut menampilkan reka bentuk lampin fesyen eksklusif Offspring selain rangkaian pakaian keluarga lengkap yang pertama daripada Kapten Batik.

“Selain elemen batik pada lampin Offspring, kami memperkenalkan set pakaian anak perempuan yang pertama, sekali gus menjadikan batik sebahagian daripada detik pengalaman bagi sesebuah keluarga,” katanya. 

Dalam pada itu, Rakan Kongsi dan Duta Jenama Offspring, Zahirah MacWilson berkata, kerjasama tersebut menonjolkan nilai keprihatinan dalam rutin penjagaan anak menerusi pemilihan barangan yang bermakna.

“Kerjasama ini menunjukkan bahawa para ibu meluahkan kasih sayang bukan sahaja melalui apa yang kita lakukan, tetapi melalui perkara-perkara bermakna yang kita pilih untuk mengelilingi anak-anak kita setiap hari,” katanya.

Koleksi ‘Lineage in Love’ akan mula dijual secara eksklusif pada 5 Mei ini di laman web rasmi Offspring serta cawangan terpilih Happikiddo termasuk di The Gardens Mall dan Publika.

Bagi pembelian dalam talian, pelanggan yang membeli empat pek lampin daripada koleksi tersebut bakal menerima beg kembara eksklusif Offspring x Kapten Batik bernilai RM199. 

Offspring merupakan unit di bawah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, SEDANIA Innovator Berhad, yang memfokuskan kepada penyelesaian penjagaan bayi berasaskan sains dan kelestarian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini