PETALING JAYA: Bursa Malaysia mengukuh melepasi 1,750 mata, paras tertinggi sejak konflik di Asia Barat bermula pada 28 Februari lalu, tatkala menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini. FTSE KLCI Bursa Malaysia (FBM KLCI) ditutup tinggi 9.44 mata kepada 1,756.87 berbanding 1,747.43 mata semasa sesi dagangan akhir kelmarin. Sementara itu, ringgit juga diniagakan lebih tinggi apabila ditutup sebanyak 3.9300/3.9350 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada…










