KECIL, praktikal. Seperkara yang memberi kesan kepada saya sepanjang tiga minggu bersama Kencana Sport untuk ditunggang uji adalah ia memudahkan pelbagai urusan harian. Nak ke lokasi tugasan, beli barang dapur di pasar raya, solat Jumaat di masjid malah lepak dengan geng di kedai mamak, semuanya berjalan lancar. Hampir 600 kilometer (km) saya tunggang ke macam-macam bentuk laluan termasuk lebuh raya, jalan kampung, lorong kecil, kesesakan teruk dalam bandar, tiada masalah.…










