PETALING JAYA: RHB Bank Bhd (RHB) dan Petronas memeterai kerjasama strategik bagi melaksanakan Program Pembiayaan Vendor Mampan (SVFP), yang merupakan komponen penting di bawah Program Sokongan Pembekal Petronas (PSSP).
Inisiatif ini bertujuan memperkukuh ketahanan, daya saing serta tahap kesiapsiagaan kemampanan dalam ekosistem vendor perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) di Malaysia.
Ketua Pegawai Kelestarian RHB Banking Group, Angus Salim Amran berkata, peralihan tenaga perlu dilaksanakan secara adil dan menyeluruh agar impaknya lebih berkesan, selain memastikan vendor dalam keseluruhan rantaian nilai dapat berkembang seiring dengan syarikat korporat besar.
Katanya, melalui kerjasama itu, bank menyasarkan untuk menyediakan pembiayaan mampan dan peralihan yang berwibawa serta praktikal bagi membantu vendor OGSE.
“Ia bagi membolehkan OGSE memperkukuh daya tahan, merebut peluang baharu dan memajukan laluan kemampanan mereka secara komersial berdaya maju,” katanya dalam kenyataan.
Program berkenaan dibangunkan khusus untuk menyokong vendor OGSE tempatan, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dalam menyesuaikan diri dengan perubahan keperluan peralihan tenaga yang semakin pesat, di samping terus menjana nilai ekonomi, peluang pekerjaan serta memperkukuh keupayaan teknikal industri.
Inisiatif ini turut selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang menekankan kepentingan mobilisasi pembiayaan, pengukuhan kapasiti industri domestik serta pelaksanaan peralihan yang lebih inklusif, bagi memastikan keseimbangan antara agenda kemampanan dan pertumbuhan ekonomi.
Sektor OGSE Malaysia memainkan peranan penting dalam keselamatan tenaga negara dan pembangunan industri, seiring perubahan landskap tenaga global.
Ia memastikan daya tahan dan daya saing berterusan vendor tempatan menjadi kunci untuk membolehkan penyertaan mereka dalam peluang pertumbuhan berkaitan peralihan dan rendah karbon di samping mengekalkan nilai ekonomi jangka panjang.
Angus berkata, SVFP mencerminkan komitmen bersama RHB dan Petronas untuk memajukan peralihan tenaga yang adil dan tersusun dengan mengiktiraf bahawa vendor mempunyai tahap permulaan dan keupayaan peralihan yang berbeza dan bertujuan memastikan sokongan kewangan yang responsif, seimbang serta berimpak di seluruh rantaian nilai OGSE.
Katanya, vendor yang layak dan berdaftar di bawah Program Sokongan Pembekal Petronas (PSSP) berpeluang mengakses pembiayaan mampan yang disesuaikan melalui SVFP.
Menurut beliau, pembiayaan itu direka untuk menyokong pertumbuhan operasi, kesinambungan perniagaan serta penambahbaikan kemampanan yang boleh diukur, di samping menggalakkan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang lebih kukuh.
Dalam pada itu, sektor OGSE Malaysia memainkan peranan penting dalam keselamatan tenaga negara dan pembangunan industri, seiring perubahan landskap tenaga global.
Ini memastikan daya tahan dan daya saing berterusan vendor tempatan menjadi kunci untuk membolehkan penyertaan mereka dalam peluang pertumbuhan berkaitan peralihan dan rendah karbon di samping mengekalkan nilai ekonomi jangka panjang.
Angus berkata, SVFP mencerminkan komitmen bersama RHB dan Petronas untuk memajukan peralihan tenaga yang adil dan tersusun dengan mengiktiraf bahawa vendor mempunyai tahap permulaan dan keupayaan peralihan yang berbeza dan bertujuan memastikan sokongan kewangan yang responsif, seimbang serta berimpak di seluruh rantaian nilai OGSE.
Katanya, vendor yang layak dan berdaftar di bawah Program Sokongan Pembekal Petronas (PSSP) berpeluang mengakses pembiayaan mampan yang disesuaikan melalui SVFP.
Pembiayaan itu, menurutnya direka untuk menyokong pertumbuhan operasi, kesinambungan perniagaan serta penambahbaikan kemampanan yang boleh diukur, di samping menggalakkan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang lebih kukuh. – UTUSAN










