PETALING JAYA: Malaysia mengalu-alukan pelaburan yang membawa teknologi baharu dan menjalinkan kerjasama dengan pemain tempatan bagi mengukuhkan keupayaan ekosistem automotif negara. Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sim Tze Tzin berkata, pemain tempatan sangat berkemampuan dan bersedia untuk menghantar komponen automotif, selain dapat membina rantaian bekalan yang lebih kukuh dan selamat daripada kelewatan global. “Pelaburan sedemikian bukan sahaja menyumbang kepada penghasilan produk dan penerokaan pasaran baharu, malah memperkasa kepakaran kejuruteraan,…










