Pelabur asing beli bersih RM470.3 juta ekuiti tempatan minggu lalu

Pelabur asing beli bersih RM470.3 juta ekuiti tempatan minggu lalu

BURSA Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelabur asing meneruskan aliran belian bersih untuk minggu ketiga berturut-turut, dengan jumlah aliran masuk bersih sebanyak RM470.3 juta pada minggu lalu.

Menurut MBSB Research, institusi asing merupakan pembeli bersih pada empat daripada lima hari dagangan sepanjang minggu tersebut. 

“Aliran masuk terbesar dicatatkan pada hari Rabu (RM161.8 juta), diikuti Selasa (RM161.3 juta), Khamis (RM122.2 juta) dan Jumaat (RM69.7 juta).

“Tiga sektor utama yang mencatatkan aliran masuk bersih asing tertinggi ialah perladangan (RM230.7 juta), produk dan perkhidmatan perindustrian (RM204.0 juta) dan perkhidmatan kewangan (RM130.0 juta),” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, tiga sektor yang mencatatkan aliran keluar bersih asing tertinggi ialah produk dan perkhidmatan pengguna (RM53.9 juta), telekomunikasi dan media (RM50.8 juta) dan teknologi (RM44.5 juta).

“Institusi tempatan pula meneruskan aliran jualan bersih untuk minggu ketiga berturut-turut, dengan jumlah aliran keluar bersih sebanyak RM659.4 juta,” katanya. 

Dalam pada itu, pelabur runcit kembali menjadi pembeli bersih dengan mencatatkan aliran masuk sebanyak RM189.2 juta.

“Purata volum dagangan harian (ADTV) menunjukkan penurunan secara menyeluruh dengan pelabur runcit menurun sebanyak 21.6 peratus, institusi tempatan 23.0 peratus dan institusi asing 29.6 peratus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN