KUALA LUMPUR: Menicon Group, pengeluar kanta lekap terkemuka dari Jepun, memperkukuh kehadirannya di Malaysia menerusi pelaburan besar berjumlah RM1 bilion bagi pembinaan sebuah kemudahan pembuatan baharu di Kulim Hi-Tech Park, Kedah. Pelaburan yang telah diluluskan itu bakal menyaksikan pembinaan satu daripada tapak pembuatan Menicon yang paling canggih di peringkat global, mengintegrasikan operasi pengeluaran, logistik, pergudangan serta kawalan kualiti dalam satu ekosistem digital yang saling terhubung. Langkah strategik ini juga bertujuan…










