Kerajaan umum tambahan SJPP RM5 bilion lagi - Utusan Malaysia

Kerajaan umum tambahan SJPP RM5 bilion lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengumumkan penambahan RM 5 bilion lagi di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) bagi membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam menghadapi krisis global, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan RM10 bilion.

Penambahan ini bagi menyokong sektor terkesan, khususnya PMKS dalam bidang logistik, pertanian dan pembinaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, skim jaminan itu turut diperkukuh dengan kadar jaminan dinaikkan daripada 70 peratus kepada 80 peratus, manakala tempoh pembiayaan dilanjutkan daripada tujuh kepada 10 tahun.

Beliau berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) juga diminta mempercepat penyaluran kemudahan berkenaan termasuk mengumumkan tambahan RM5 bilion dalam masa terdekat.

“Inisiatif ini memberi penekanan kepada penglibatan syarikat kecil termasuk sektor pertanian, pekebun kecil, nelayan, penjaja serta pengusaha warung dan restoran kecil supaya tidak terpinggir daripada akses pembiayaan.

“Kerajaan turut memberi jaminan proses kelulusan akan dipercepatkan bagi memastikan bantuan disalurkan dengan lebih cekap dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa,” katanya pada Sidang Media Meja Bulat bersama Ketua Pegawai Eksekutif bank-bank Malaysia.

Semalam, kerajaan mengumumkan peruntukan jaminan RM5 bilion di bawah SJPP bersama beberapa langkah segera bagi meringankan beban PMKS susulan krisis tenaga global. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN