PETALING JAYA: Genting Malaysia Berhad (GENM) memeterai kerjasama strategik dengan AGIBOT Innovation (Shanghai) Technology Co. Ltd (AGIBOT) bagi memperkasakan pembangunan robotik kecerdasan buatan (AI) fizikal dalam sektor hospitaliti dan hiburan. Memorandum Persefahaman (MoU) tersebut dimeterai bersempena Persidangan Rakan AGIBOT (APC2026) di Shanghai, China, hari ini. Menerusi kerjasama itu, GENM akan memanfaatkan kepakaran AGIBOT dalam robotik fizikal bagi membangunkan penyelesaian inovatif merangkumi tiga bidang utama iaitu taman tema, perhotelan dan hiburan.…










