BANTUAN kewangan yang ditawarkan oleh bank-bank tempatan susulan krisis di Asia Barat dilihat sebagai langkah proaktif untuk mengurangkan risiko sistemik terhadap ekonomi negara, menurut Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta). Presiden Samenta, Datuk William Ng berkata, keberkesanan bantuan ini bergantung kepada sifatnya yang bersasar, di mana tumpuan diberikan kepada perniagaan kecil dan sederhana (PKS) serta individu yang terjejas secara langsung oleh gangguan rantaian bekalan atau kenaikan kos input akibat…










