Tropicana tawar RM2j dalam Kempen Spread the Rezeki Raya

Tropicana tawar ganjaran lebih RM2 juta melalui Kempen Spread the Rezeki Raya

TROPICANA Alam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tropicana Corporation Berhad melancarkan Kempen Spread the Rezeki Raya, menawarkan ganjaran bernilai lebih RM2 juta bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri serta menarik minat pembeli rumah baharu.

Kempen yang berlangsung sehingga 18 April 2026 itu melibatkan 10 pembangunan terpilih di seluruh negara, termasuk Tropicana Aman, Tropicana Alam, Tropicana Metropark, Tropicana Gardens, Tropicana Grandhill, Tropicana Paradise, Tropicana Avalon, Tropicana Cenang, Tropicana Uplands dan Lido Waterfront Boulevard.

Melalui kempen berkenaan, pelanggan berpeluang menikmati pelbagai ganjaran menarik seperti Samsung Music Frame, insentif Raya Rezeki untuk pembeli rumah yang berjaya, selain penyerapan penuh yuran guaman dan duti setem serta penyelesaian pembiayaan fleksibel.

Turut ditawarkan ialah ganjaran rujukan sehingga RM80,000, sebagai sebahagian usaha syarikat memperkaya pengalaman pembelian rumah pelanggan.

Pengarah Urusan Pemasaran dan Jualan serta Pembangunan Perniagaan Tropicana, Ixora Ang berkata, kempen tersebut dilancarkan susulan kejayaan kempen Tahun Baharu Cina sebelum ini dan bertujuan mengukuhkan hubungan dengan komuniti.

“Pelanggan boleh menikmati penyelesaian pembiayaan menarik melalui Maybank MyDeco dan Skim Bayaran Mudah, selain penyerapan penuh yuran guaman dan duti setem oleh Tropicana. Kempen ini juga menawarkan ganjaran rujukan sehingga RM80,000,” katanya dalam kenyataan.

Seiring semangat Aidilfitri, Tropicana turut memperkenalkan filem jenama Raya ‘Redefining the Art of Living’ yang mengetengahkan nilai kekeluargaan, persahabatan serta kepentingan memelihara tradisi dan budaya.

Sebagai kesinambungan daripada filem jenama Tahun Baharu Cina sebelum ini, filem tersebut menampilkan kisah tiga sahabat baik sejak kecil yang kembali bertemu dalam satu lagi pengembaraan lucu, sekali gus menonjolkan semangat persaudaraan dan komuniti.

Watak maskot Tropicana, ZiZi, turut disertai oleh maskot baharu TuTu, yang membuat penampilan istimewa bagi menambah elemen ceria dalam filem tersebut.

Selain itu, Tropicana turut memperkenalkan tiga pengalaman permainan interaktif yang memberi peluang kepada orang ramai memenangi barangan eksklusif syarikat sambil mengukuhkan penglibatan dengan jenama berkenaan.

Tropicana berkata, pihaknya juga akan menganjurkan rumah terbuka Hari Raya di beberapa galeri hartanahnya, antaranya di Lido Waterfront Boulevard dan Tropicana Danga Bay di Johor pada 4 April, Tropicana Uplands pada 5 April serta Tropicana Alam di Puncak Alam dan Tropicana Metropark di Subang Jaya pada 11 dan 12 April.

Tambahnya, bagi mendapatkan rumah impian, orang ramai boleh layari https://campaign.tropicanacorp.com.my/AoLRaya2026/ dan menonton filem jenama Raya di https://youtu.be/Hvco9gkygFE. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN