SEKTOR industri yang bergantung kepada tenaga dan berorientasikan perdagangan kini berdepan tekanan kos yang semakin meningkat susulan kenaikan harga tenaga global, sekali gus memberi kesan ketara kepada operasi harian syarikat. Antara sektor paling terjejas termasuk pembuatan, logistik, pembinaan serta industri berat seperti besi dan keluli yang bergantung tinggi kepada penggunaan tenaga. Selain menanggung kos tenaga secara langsung, syarikat-syarikat ini turut berdepan kesan rantaian melibatkan peningkatan kos pengangkutan, perolehan bahan mentah…










