Emas capai paras terendah empat bulan susulan konflik Asia Barat

Emas capai paras terendah empat bulan susulan konflik Asia Barat

DUBAI menjual jongkong emas pada harga diskaun kerana perang Iran. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENGALURU: Harga emas menjunam lebih daripada tiga peratus hari ini, meneruskan kejatuhan ke paras terendah kira-kira empat bulan, apabila konflik di Asia Barat  yang semakin memuncak mencetuskan kebimbangan inflasi serta jangkaan kadar faedah global yang lebih tinggi.

Reuters melaporkan harga emas spot turun 3.3 peratus kepada AS$4,340.09 seauns (RM549 segram), sekali gus mencatat penurunan bagi sembilan sesi berturut-turut.

Logam berharga itu, yang jatuh ke paras terendah sejak 2 Januari lalu, merosot lebih 10 peratus minggu lalu.

Niaga hadapan emas Amerika Syarikat (AS) bagi penghantaran April susut lima peratus kepada AS$4,347 (RM17,122).

Menambah kepada konflik yang telah berlarutan selama tiga minggu, Iran semalam berkata, ia akan menyerang sistem tenaga dan air negara-negara jirannya di sebagai tindak balas jika Presiden AS, Donald Trump melaksanakan ancaman yang dibuat sehari sebelumnya untuk menyerang grid elektrik Iran dalam tempoh 48 jam.

Pengawal Revolusi Iran berkata, jika loji janakuasa Iran diserang, Selat Hormuz akan ditutup sepenuhnya dan tidak akan dibuka sehingga loji yang musnah dibina semula.

Harga minyak kekal melebihi AS$110 (RM433.32) setong, apabila pelabur menilai ancaman AS dan Iran untuk menyasarkan kemudahan tenaga yang boleh meningkatkan konflik, berbanding pelepasan jutaan tong minyak Iran di laut ke pasaran global.

Penutupan Selat Hormuz mengekalkan harga minyak mentah tinggi, sekali gus mendorong inflasi melalui peningkatan kos pengangkutan dan pembuatan.

Walaupun inflasi yang meningkat biasanya meningkatkan daya tarikan emas sebagai lindung nilai, kadar faedah yang tinggi mengehadkan permintaan terhadap aset yang tidak memberikan pulangan itu.

Sementara itu, penetapan harga pasaran bagi kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS tahun ini meningkat ketara dan kini dilihat lebih berkemungkinan berbanding penurunan kadar, dengan niaga hadapan kadar faedah menunjukkan sekitar 27 peratus kebarangkalian kenaikan kadar menjelang Disember, menurut CME FedWatch.

Perak spot susut 3.3 peratus kepada AS$65.55 (RM258.23) seauns, platinum spot jatuh 4.4 peratus kepada AS$1,838.45 (RM7,282.47) manakala paladium turun 0.4 peratus kepada AS$1,398.50 (RM5,507.11). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN