Bursa Malaysia dibuka rendah, susut 10 mata

Bursa Malaysia dibuka rendah, susut 10 mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia memulakan dagangan pagi ini dengan prestasi berhati-hati sejajar sentimen pasaran yang lemah di awal sesi.

Bursa Malaysia turun 10.20 mata kepada 1,698.58 pada pukul 9.02 pagi hari ini, berbanding 1,708.78 pada Rabu.

Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,700.69.

Jumlah dagangan sebanyak 67.77 bilion unit bernilai RM59.49 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 155 berbanding 85 dengan 174 kaunter tidak berubah dan 2,253 tidak diniagakan.

Dalam pada itu, Nikkei Jepun turun 626.24 mata atau 1.14 peratus kepada 54,3991.3 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, STI Singapura turun 0.04 peratus kepada 4,862.06 manakala indeks KOSPI Korea Selatan naik 3.10 mata atau 0.055 peratus kepada 5,613.05.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN