PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 20.03 mata kepada 1,698.03 pada pukul 9.01 petang hari ini, berbanding berbanding 1,718.06 pada Jumaat.
Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,699.13.
Jumlah dagangan sebanyak 198.49 bilion unit bernilai RM136.83 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 347 berbanding 105 dengan 194 kaunter tidak berubah dan 1,984 tidak diniagakan.
Dalam pada itu, Nikkei Jepun susut 3,599.25 mata atau 6.47 peratus kepada 52,021.59 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, STI Singapura jatuh 2.08 peratus kepada 4,747.58 dan indeks KOSPI Korea Selatan turun 409.82 mata atau 7.34 peratus kepada 5,175.05.-UTUSAN










