PETALING JAYA: Tealive bersama Foodie Media Berhad menganjurkan kempen e-baucar ‘OG Big Bang Livestream’ 12 jam secara langsung di TikTok Shop, menjadikannya jenama minuman pertama di Malaysia melaksanakan jualan e-baucar berskala besar di platform berkenaan. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo Woi Lip berkata, Tealive OG Big Bang Livestream merupakan langkah penting dalam mendekati pengguna secara digital. “Jualan e-baucar secara siaran langsung ini adalah hasil kerjasama rapat…









