PETALING JAYA: Ringgit dibuka sedikit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Jumaat, disokong oleh penurunan dalam hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat serta kedudukan awal sesi dagangan Asia, meskipun indeks dolar AS (DXY) ditutup sedikit lebih tinggi.
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 3.8800/8930 berbanding dolar AS daripada paras penutup Khamis pada 3.8865/8925.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata indeks dolar AS (DXY) meningkat sedikit sebanyak 0.09 peratus kepada 97.791 mata, manakala minyak mentah Brent stabil sekitar AS$70.75 setong (RM274.51 setong) apabila rundingan antara AS dan Iran di Geneva dilihat menunjukkan perkembangan positif.
“Rundingan AS-Iran dilihat semakin menunjukkan kemajuan, namun golongan skeptik masih berhati-hati kerana tiada bukti jelas bahawa mana-mana pihak bersedia untuk berkompromi secukupnya bagi mengelakkan konflik ketenteraan.
“Kami merasakan para pedagang mungkin menjadi lebih berhati-hati memandangkan berita baik tersebut telah pun diambil kira dalam pasaran,” katanya.
Justeru, Mohd.Afzanizam berkata, pasangan dolar AS-ringgit akan bergerak dalam julat yang sempit hari ini.
Pada pembukaan dagangan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.4893/4978 daripada 2.4902/4942 pada penutupan Khamis, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.2345/2520 daripada 5.2573/2654 dan naik sedikit berbanding euro kepada 4.5796/5949 daripada 4.5853/5924 sebelum ini.
habis/










