PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 1.74 mata kepada 1,741.28 pada pukul 9.01 pagi hari ini, berbanding 1,739.54 pada penutup Jumaat.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,740.66.
Jumlah dagangan sebanyak 163.30 bilion unit bernilai RM15.57 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 90 berbanding 53 dengan 229 kaunter tidak berubah dan 2,365 tidak diniagakan.
Dalam pada itu, Nikkei Jepun turun 0.0087 mata atau 4.97 peratus kepada 56,937.00 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, STI Singapura juga susut 9.670 mata atau 0.2 peratus kepada 4,928.11, manakala indeks KOSPI Korea Selatan jatuh 15.26 mata atau 0.28 peratus kepada 5,507.01 – UTUSAN










