Allianz tersenarai dalam ESG Select List 2025

Allianz tersenarai dalam ESG Select List 2025

Allianz Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) disenaraikan dalam ESG Select List 2025 oleh Rangkaian Kompak Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Malaysia dan Brunei (UNGCMYB). 

Pengiktirafan ini mencerminkan kemajuan organisasi yang boleh diukur dalam menerapkan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) merentasi perniagaannya sebagai penanggung insurans yang dipercayai di negara ini.

ESG Select List mengetengahkan organisasi yang telah mempamerkan kemajuan yang boleh dipercayai dan berstruktur dalam memajukan kelestarian, sejajar dengan Sepuluh Prinsip Kompak Global PBB dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) PBB.

Allianz Malaysia telah disenaraikan sebagai 3-Star Lister, dengan pengiktirafan di bawah kategori utama termasuk kejayaan inovasi ESG, perkongsian bertujuan dan penetapan sasaran ESG The North Star, yang mencerminkan pendekatan jangka panjangnya yang didorong oleh hasil terhadap kelestarian

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang berkata, kepercayaan adalah asas insurans dan kelestarian adalah asas kepada cara syarikat menjalankan perniagaan dan bagaimana pihak kumpulan mencipta nilai yang berkekalan. 

“Kemasukan dalam ESG Select List 2025 ini mencerminkan komitmen kolektif kakitangan kami untuk mengintegrasikan amalan bertanggungjawab ke dalam strategi, operasi dan budaya kami. 

“Walaupun kami bangga oleh pengiktirafan ini, Allianz Malaysia melihatnya sebagai motivasi untuk terus meningkatkan standard dan menyumbang secara bermakna kepada masa depan yang lebih berdaya tahan dan berkerterangkuman,” katanya dalam kenyataan. 

Menurut beliau, usaha ESG Allianz Malaysia memberi tumpuan kepada tindakan iklim, penyelesaian insurans berketerangkuman, amalan perniagaan yang bertanggungjawab, kesejahteraan kakitangan dan pemerkasaan komuniti memperkukuhkan peranannya sebagai penanggung insurans yang dipercayai dan rakan kongsi jangka panjang kepada pelanggan dan masyarakat.

ESG Select List ialah rangka kerja pengiktirafan kelestarian oleh Rangkaian Kompak Global PBB Malaysia dan Brunei, yang direka untuk mengetengahkan organisasi yang menunjukkan kemajuan dan tanggungjawab sebenar dalam perjalanan ESG mereka. 

Inklusiviti tidak menunjukkan sokongan atau pensijilan tetapi berfungsi untuk menggalakkan ketelusan, penambahbaikan berterusan dan tindakan kolektif. 

Allianz Malaysia kekal komited untuk memperkukuhkan impak ESG dan menyokong peralihan Malaysia ke arah masa depan yang lebih mampan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN