PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 2.71 mata kepada 1,710.91 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,708.20 pada penutup Selasa.
Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,705.88.
Jumlah dagangan sebanyak RM3.11 bilion unit bernilai RM3.19 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 664 berbanding 451 dengan 538 kaunter tidak berubah dan 986 tidak diniagakan.
Sementara itu, STI Singapura naik 5.38 mata atau 0.11 peratus kepada 4,812.51 dan indeks KOSPI Korea Selatan melonjak 30.46 mata atau 0.65 peratus kepada 4,723.10 ketika berita ini ditulis.
Dalam pada itu, Nikkei Jepun turut meningkat sebanyak 792.07 mata atau 1.48 peratus kepada 54,341.23 indeks. -UTUSAN










