WOW! Itu yang keluar dari mulut dua, tiga wartawan di belakang saya yang teruja melihat visual model pertama kenderaan elektrik (EV) Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) dalam satu sesi khas bersama media di Litar Antarabangsa Petronas Sepang (SIC), baru-baru ini. Itu baru tunjuk gambar pada skrin, belum lagi tengok yang betul-betul. Selesai taklimat, kami dibawa ke litar. Nah, di depan kami ‘terhidang’ EV ulung buatan Perodua tersebut yang dinamakan…










