MMC Ports, NIZE bangun pelan induk  transformasi digital

MMC Ports, NIZE bangun pelan induk  transformasi digital

AZMAN Shah Mohd Yusof (kanan) dan Steven Huang (kiri) bertukar dokumen MoU) di ibu pejabat MMC Ports di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MMC Port Holdings Berhad (MMC Ports) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan NIZE Intelligent Technology Co., Ltd (NIZE), sebuah syarikat teknologi yang ditubuhkan di bawah Shanghai International Port (Group) Co., Ltd (SIPG) bagi bekerjasama dalam membangunkan pelan induk transformasi digital yang komprehensif. 

Kumpulan pengendali pelabuhan terbesar di Malaysia itu berkata, perkongsian strategik ini menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan MMC Ports ke arah pendigitalan dan kecemerlangan operasi, dengan memanfaatkan kepakaran terbukti SIPG sebagai pengendali Pelabuhan Shanghai.

Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif MMC Ports, Datuk Azman Shah Mohd Yusof dan Pengurus Besar NIZE, Steven Huang di ibu pejabat MMC Ports di Kuala Lumpur. 

Majlis tersebut disaksikan oleh Pengerusi MMC Ports dan Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporation Berhad, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh dan Pengerusi NIZE dan Naib Presiden SIPG, Sam Liu . 

Azman Shah berkata, kerjasama ini bertujuan menterjemahkan aspirasi digital MMC Ports kepada satu pelan hala tuju yang konkrit dan boleh dilaksanakan. 

Katanya, dengan mengadaptasi rangka kerja yang menyokong operasi SIPG, yang mengendalikan sebanyak 51.5 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU) pada tahun 2024, MMC Ports berhasrat untuk mengguna pakai penyelesaian yang telah terbukti di pasaran.

“Menerusi kerjasama dengan NIZE, kami ingin memastikan pelan induk digital kami dibangunkan berdasarkan seni bina teknologi yang telah diuji di lapangan.

“Ini membolehkan semua pelabuhan kami merangka laluan ke arah kecekapan operasi bertaraf dunia dengan jelas dan penuh keyakinan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Steven berkata, pihaknya berbesar hati untuk berkongsi kepakaran digital mereka yang telah terbukti dengan MMC Ports. 

“Bersama-sama, kami memberi tumpuan kepada pembangunan pelan induk yang memberikan nilai operasi sebenar dan menetapkan penanda aras baharu bagi rantau ini,” ujarnya.

Melalui MoU ini, kedua-dua pihak akan melaksanakan kajian kebolehlaksanaan bagi tiga inisiatif teras iaitu Pelan Hala Tuju Induk Digital MMC Ports, Papan Pemuka Kumpulan MMC Ports dan Bukti Konsep Digital Twin,

MoU ini mewujudkan rangka kerja kerjasama antara kedua-dua pihak untuk tempoh lima tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN