Malaysia-Indonesia perkukuh jaringan usahawan ASEAN

Malaysia-Indonesia perkukuh jaringan usahawan ASEAN

Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Permuafakatan Usahasama Malaysia (DPPUM) Ariff Fadli Abd Wahab (dua dari kanan) dan Setiausaha Perkumpulan Andalan Nahdliyin UMKM Indonesia DKI Jakarta, Merda Nelly (dua dari kiri) menandatangani dokumen perjanjian sempena MoU DPPUM dan UMKM pada Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG: Dewan Perniagaan Permuafakatan Usahasama Malaysia (DPPUM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Perkumpulan Andalan Nahdliyin UMKM Indonesia DKI Jakarta sebagai langkah strategik memperkasa jaringan keusahawanan serantau sempena aspirasi ASEAN Malaysia 2025.

Kerjasama itu memfokuskan pembangunan rangkaian dan pemasaran rentas sempadan, khususnya bagi memperkenalkan produk kesihatan BC300 Bravo ke pasaran Indonesia menerusi platform Kelab Braventure.

Timbalan Presiden DPPUM, Ariff Fadli Abd Wahab berkata, inisiatif itu mencerminkan komitmen kedua-dua negara untuk membina ekosistem perniagaan ASEAN yang lebih tersusun dan mampan.

“Kerjasama ini bukan sekadar simbolik, sebaliknya satu gerakan strategik untuk menyatukan kekuatan usahawan Malaysia dan Indonesia bagi membina ekosistem perniagaan ASEAN yang lebih berdaya saing dan mampan.

“Pasaran Indonesia sangat besar dan kerjasama ini membuka ruang kepada penciptaan kejayaan yang lebih signifikan dalam tempoh terdekat, khususnya menjelang 2026,” kata Ariff.

Majlis pemeteraian MoU itu turut disaksikan kepimpinan tertinggi Kelab Bravo Biz serta Pengasas Kelab Braventure, Khairul Anuar Faizal, yang menjadi pemacu utama inisiatif kolaborasi tersebut.

Delegasi Indonesia pula diwakili Setiausaha Perkumpulan Andalan Nahdliyin UMKM Indonesia DKI Jakarta, Merda Nelly bersama wakil PT Dagang Gema Nusantara dan barisan kepimpinan UMKM bidang teknologi maklumat serta sumber daya manusia.

“Kami melihat kerjasama ini sebagai platform penting untuk memperkukuh jaringan UMKM Indonesia, khususnya dalam aspek pemasaran, penganjuran acara dan pembangunan strategi perniagaan bagi produk BC300 Bravo.

“Diharapkan menerusi kerjasama dengan Bravo ini mampu memberi positif daripada aspek ekonomi rakyat sesuai dengan nilai-nilai Islam yang menjadi matlamat ukhuwah sesama umat,” kata Nelly.

Kerjasama itu dilihat selari dengan agenda memperkukuh hubungan ekonomi dua hala Malaysia-Indonesia menerusi pendekatan berstruktur, termasuk pemindahan pengetahuan dan pembangunan sistem keusahawanan yang lebih tersusun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN