LPPSA, KPKT tanda tangan MoU kongsi maklumat

LPPSA, KPKT tanda tangan MoU kongsi maklumat

LPPSA
Ketua Pegawai Kewangan LPPSA Mohd Zawawi Mohd Muhiddin; , Zuwardi Zubir, Datuk N. Jayaselan, Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, KPKT dan Tarmizi Ab.Rahman, Timbalan Setiausaha Bahagian Perancangan Perumahan, KPKT pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou) Antara LPPSA Bersama KPKT : Perkongsian Maklumat Dalam Bidang Pemaju Perumahan Berlesen Bagi Pembiayaan Perumahan Sektor Awam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam  (LPPSA) bersama Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah  menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Perkongsian Maklumat  Dalam Bidang Pemaju Perumahan Berlesen Untuk Pembiayaan Perumahan Sektor  Awam. 

Perkongsian maklumat ini melalui projek integrasi sistem Loan Management System (LMS), LPPSA dengan Housing Integrated Management System (HIMS), KPKT yang  pertama kali seumpamanya akan membantu mempercepatkan proses kerja antara  kedua-dua agensi melalui capaian terus maklumat pemaju, projek hartanah, status projek  dan lain-lain maklumat berkaitan pemajuan yang dibekalkan kepada LPPSA dalam  memproses permohonan pembiayaan penjawat awam. 

Selain itu, integrasi sistem LMS-HIMS ini juga dapat mengelakkan unsur penipuan oleh  pihak yang tidak bertanggungjawab melalui lesen pemaju dan permit projek yang telah  tamat tempoh serta manipulasi harga jualan hartanah dengan harga jualan yang  didaftarkan dengan KPKT.

Ini secara tidak langsung dapat menjaga kepentingan  penjawat awam daripada tertipu dengan pihak yang tidak bertanggungjawab selain  pengurusan risiko bagi LPPSA dan KPKT dalam memastikan rumah yang dibiayai  kepada penjawat awam siap untuk diduduki. 

Ketua Pegawai Operasi LPPSA, Zuwardi Zubir berkata, dengan perkembangan pesat teknologi terkini dan proses  digitalisasi melalui integrasi sistem akan membantu penjawat awam mendapatkan  maklumat yang sahih dan terkini tanpa halangan pada bila-bila masa di samping dapat  melancarkan dan memudahkan urusan kerja seharian serta menjimatkan masa. 

Beliau menambah dengan menyokong sepenuhnya mana-mana inisiatif yang menjurus  kepada digitalisasi antara LPPSA dan KPKT juga termasuk Agensi Kerajaan yang lain direalisasikan seiring dengan aspek “celik digital” serta mendukung penuh Pelan  Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025 dalam memacu agenda  Kerajaan Digital yang mampan ke arah membentuk masyarakat digital. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN