PETALING JAYA: Inflasi Malaysia dijangka kekal rendah dan stabil pada masa hadapan, walaupun peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berkemungkinan memberi tekanan sederhana, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB). Bagaimanapun, bank pelaburan itu berkata, tekanan tersebut dijangka dapat diimbangi sebahagiannya oleh kesinambungan subsidi RON95, pengukuhan ringgit serta penurunan harga makanan global. “Sebaliknya, pengecualian perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) daripada subsidi bahan api bersasar BUDI95 menimbulkan risiko peningkatan inflasi,…










