PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 0.70 mata kepada 1,647.60 pada pukul 9.18 pagi hari ini, berbanding 1,646.90 pada penutup Khamis.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,648.05.
Jumlah dagangan sebanyak RM59.46 juta unit bernilai RM25.68 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 108 berbanding 78 dengan 221 kaunter tidak berubah dan 2,371 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks KOSPI Korea Selatan meningkat sebanyak 18.47 mata atau 0.46 peratus kepada 4,012.98 dan Nikkei Jepun melonjak 476.75 mata atau 0.97 peratus kepada 49,478.25 ketika berita ini ditulis.
Bagaimanapun, indeks STI Singapura jatuh 0.11 peratus atau 4.87 mata kepada 4,570.61. – UTUSAN










