Bursa Malaysia capai paras tertinggi dalam 15 bulan

Bursa Malaysia capai paras tertinggi dalam 15 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia ditutup tinggi, melepasi 1,665 mata, susulan pengumuman dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.75 sen seunit.

Pada pukul 5 petang semalam, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup tinggi pada 1,665.90, berbanding 1,646.90 pada Khamis.

Jumlah dagangan sebanyak RM2.75 bilion unit bernilai RM3.07 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 627 berbanding 461 dengan 568 kaunter tidak berubah dan 1,122 tidak diniagakan.

Kali terakhir FBM KLCI mencapai paras melebihi 1,665 mata adalah pada September 2024.

Sementara itu, indeks KOSPI Korea Selatan naik sebanyak 26.04 mata atau 0.65 peratus kepada 4,020.55 dan Nikkei Jepun meningkat sebanyak 505.71 mata atau 1.03 peratus kepada 49,507.21 ketika berita ini ditulis.

Bagaimanapun, indeks STI Singapura jatuh sebanyak 0.02 peratus atau 0.83 mata kepada 4,569.78. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN