Kerjaya Prospek Group terima kontrak RM350.62j di Pulau Pinang

Kerjaya Prospek Group terima kontrak RM350.62j di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerjaya Prospek Group Berhad (KPGB) menerima kontrak bernilai RM350.62 juta daripada Pixel Valley Sdn Bhd (PVSB) untuk penyiapan kerja-kerja kontrak bangunan di Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kontrak tersebut diterima melalui anak syarikat milik penuhnya, Kerjaya Prospek (M) Sdn. Bhd. (KPM).

KPGB berkata, kontrak itu merangkumi kerja-kerja pembinaan utama bagi dua blok pangsapuri servis masing-masing 44 tingkat (744 unit) dan 37 tingkat (662 unit), satu tingkat kemudahan rekreasi, lapan tingkat podium tempat letak kereta serta 15 unit kedai dan pejabat dua tingkat.

Tambah, ia turut menempatkan lobi utama, pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pondok pengawal. 

Projek ini terletak di Lot PT 6025, Persiaran Cassia Barat 3, Mukim 13, Batu Kawan.

Kontrak itu akan bermula pada 2 Mac 2026 dan dijangka siap dalam tempoh 42 bulan. 

PVSB merupakan anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Property Berhad (KPPB), yang mana beberapa pengarah dan pemegang saham utama KPGB mempunyai kepentingan langsung dan tidak langsung.

“Kontrak ini akan meningkatkan buku pesanan kumpulan itu dan dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan serta aset bersih sesaham bagi tahun kewangan 2026 hingga 2029, tanpa memberi kesan kepada modal saham terbitannya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×