Kove lancar motosikal kembara 800X GT, naked 450R - Utusan Malaysia

Kove lancar motosikal kembara 800X GT, naked 450R

WEE Hong (tengah), Jeffrey Lim (sepuluh dari kanan) dan Michael Yeoh (enam dari kiri) bersama para pengedar Kove di Rawang, Selangor, hari ini. - UTUSAN/ZABRY MOHAMAD MADZLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAWANG: Kove memperkenalkan dua model terbaharunya iaitu 800X GT bagi segmen kembara dan 450R untuk segmen jalanan atau jenis naked.

Kove 800X GT berkapasiti enjin 790cc ditawarkan pada harga RM48,888 tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans.

Ia dilengkapi sistem tunggangan pelbagai mod, kawalan pendikit elektronik, suspensi KYB serta berat penuh sekitar 195 kilogram (kg) sekali gus menawarkan
gabungan sempurna antara keupayaan lasak berteraskan perlumbaan dan keselesaan praktikal untuk tunggangan jarak jauh serta pengembaraan.

Sempena pelancarannya, sebanyak 20 pembeli terawal model 800X GT bakal menerima set kotak pelana eksklusif secara percuma bersama pembelian mereka.

Kove 450R dengan enjin 443cc pula dijual RM33,888 tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans.

Model ini direka untuk tunggangan ekstrem berkelajuan tinggi.

Diinspirasikan daripada perlumbaan, rangka ringan seberat hanya 164 kg mampu memberi impak positif untuk mencapai kelajuan sehingga 205 kilometer sejam (km/j).

Majlis pelancaran kedua-dua model disempurnakan oleh Pengerusi Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia, Datuk Wee Hong; Pengarah Urusan Kumpulan AFY Mobility Industries, Datuk Jeffrey Lim dan Pengurus Kanan Jenama KMSB Motor Sdn. Bhd., Micheal Yeoh di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN